BUKU CATATAN PENGUNJUNG

[ Sign Guestbook ]  [ Back to cikguramsulbmspm ]

Showing 1-10 of 23 messages.
Date Nov 6, 2019 9:58:40 AM
Name MOHD RAMSUL ABD RAHIMAN
Location BOTA

Sama-sama, insya-Allah saya cuba meneruskan legasi kewujudan Laman Bahasa Melayu SPM sebagai tempat untuk pelajar memperkasa kemahiran bahasa Melayu. Semoga bahan-bahan yang diterbtikan akan dapat membantu pelajar menjawab soalan SPM pada setiap tahun. Namun, saya sedar Blog Laman Bahasa Melyu SPM ini tidaklah sehebat blog guru-guru Bahasa Melayu di internet, namun saya mendoakan bahan-bahan saya terbitkan mampu membantu pelajar untuk membuat persediaan menjawab soalan SPM terutama soalan Kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 SPM tahun ini, 2019. Saya mendoakan pengunjung atau pelajar yang terus menerus melayari blog saya ini akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Kertas Bahasa Melayu SPM 2019.
Saya sebagai admin Laman Bahasa Melayu SPM, amat mengharapkan jika ada pendapat, ulasan dan komen yang membina untuk saya membaiki mutu penerbitan bahan di dalam blog ini. Seyogia, pengunjung dan pelajar boleh memberi komen-komen berkenaan di bahagian Buku Catatan Pengunjung ini. Insya-Allah dengan adanya komentar dan cadangan daripada netizen, saya akan cuba untuk memperbaik mutu atau artikel yang diterbitkan di dalam blog ini agar sesuai dengan selera dan kehendak ramai.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Tan Cl, serta guru-guru bahasa Melayu Se-Malaysia kerana ada bahan yang saya gunakan bersumberkan daripada bahan guru-guru berkenaan. Sebagai admin, saya tidak mampu untuk mencoret bahan bahasa Melayu kerana bahan berkenaan amat luas cakupannya. Semoga dengan perkongsian ilmu berkenaan pelajar akan dapat mempertingkatkan mutu berbahasa dan semoga bahasa Melayu akan menjadi wahana bahasa antarabangsa sesuai dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan Negara.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu atas komentar yang akan diberikan. Sekian daripada saya admin Laman Bahasa Melayu SPM.

Date Nov 4, 2019 1:39:55 AM
Name Farhanah
Location Sekolah Menengah Seri Puteri

Terima Kasih!

Date Nov 3, 2019 3:06:50 PM
Name muhammad amir
Location

mohon kongsikan tips membuat karangan seperti SAKURA dan teknik IMBAKUP.terima kasih

Date Oct 13, 2019 4:34:16 PM
Name MOHD RAMSUL B. ABD RAHIMAN
Location BOTA

SAYA MEMOHON JASA BAIK PELAJAR ATAU SESIAPA SAHAJA YANG INGIN MENGHANTAR KOMEN PADA BAHAGIAN ULASAN BLOG INI MENYERTAKAN NAMA SEMASA MENULIS KOMEN MASING-MASING KERANA SAYA DAPATI KEBANYAKAN KOMEN ATAU ULASAN DIBERI TANPA NAMA. SAYA MEMOHON MAAF SEKIRANYA ADA ULASAN YANG TIDAK SAYA BALAS ATAS KEKANGAN MASA. KEPADA PELAJAR ATAU GURU ATAU SESIAPA SAHAJA YANG INGIN MENGGUNAKAN ILMU ATAU BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM BLOG INI, SAYA HALALKAN PENGGUNAANNYA DUNIA DAN AKHIRAT ATAS DASAR PERKONGSIAN ILMU KERANA ALLAH AMAT SUKA UMATNYA BERKONGSI ILMU KERANA ILMU YANG ADA PADA SAYA TIDAK AKAN BERKURANG, MALAH ALLAH AKAN MEMPERLUAS LAGI ILMU BERKENAAN, INSYA-ALLAH.

Date Oct 13, 2019 4:31:10 PM
Name MOHD RAMSUL B. ABD RAHIMAN
Location BOTA

KEPADA PELAJAR SMK SERI LONDANG DAN PELAJAR TING 4, DAN 5 SE-MALAYSIA DAN JUGA PEMINAT TEGAR BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SEANTERO DUNIA. PELAJAR PERLU MENGGUNAKAN SETIAP BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM BLOG INI YANG SUDAH BERUMUR 10 TAHUN KEWUJUDANNYA DI LAMAN MAYA. BANYAK BAHAN BERKAITAN BAHASA KERTAS BAHASA MELAYU 1 DAN 2 SAYA TERBITKAN DI DALAM LAMAN MAYA INI. SEBAGAI PELAJAR YANG BERINTELAKTUAL DAN DAHAGA ILMU, BLOG LAMAN BAHASA MELAYU INI BOLEH MEMBANTU PELAJAR MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU SPM 2019, DAN KERTAS BAHASA MELAYU SPM TAHUN SETERUSNYA KECUALI JIKA FORMAT SOALAN DIUBAH.
GUNAKANLAH BAHAN YANG SAYA TERBITKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA KERANA ILMU BERKENAAN SAYA KONGSI SECARA IKHLAS BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA MENGAJAR BAHASA MELAYU SELAMA 26 TAHUN. SAYA TIDAK BERKEHENDAK SEBARANG BALASAN MELAINKAN PELAJAR MENDOAKAN KESIHATAN SAYA SENTIASA SIHAT KERANA SAYA MERUPAKAN SEORANG PESAKIT KANSER YANG TELAH MENGHIDAP PENYAKIT BERKENAAN SELAMA 4 TAHUN. ALHAMDULILLAH, ALLAH MASIH SAYANG AKAN DIRI SAYA, MEMBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA SAYA KERANA SEHINGGA SEKARANG SAYA MAMPU MENGAJAR, MEMBERI ILMU KEPADA ANAK DIDIK SAYA TERSAYANG. SEMOGA DOA PELAJAR AKAN MEMPERMUDAHKAN SAYA SEBAGAI ADMIN MENGENDALIKAN BLOG INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. TERIMA KASIH JUGA SAYA UCAPKAN KEPADA PELAJAR YANG SERING MENGUNJUNGI BLOG INI KERANA KEHADIRAN KALIAN MENYEMARAKKAN SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA.

AKHIR KATA, SELAMAT MELAYARI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU DARIPADA SAYA SEBAGAI ADMIN.

Date Oct 13, 2019 4:30:58 PM

Date Oct 13, 2019 1:29:59 PM
Name MOHD RAMSUL B. ABD RAHIMAN
Location BOTA

Look, daripada Kuala Lumpur, saya ingin bertanya soalan berkaitan ringkasan atau rumusan yang dimaksudkan? Hal ini demikian kerana dalam format kertas Bahasa Melayu SPM tiada soalan berkaitan ringkasan dan yang ada pada soalan kertas PT3. Namun begitu saya jelaskan juga ringkasan secara umum. Ringkasan merupakan aktiviti mencari isi penting dalam petikan dan merupakan aktiviti bertentangan dengan mengarang kerana mengarang pelajar perlu menulis isi + huraian dan contoh. Oleh sebab itu, paling mudah ringkasan memerlukan pelajar menggugurkan huraian dan contoh. Saya juga ingin menjelaskan rumusan kerana mungkin Look tersilap kerana mungkin soalan yang ditanya mungkin berkaitan rumusan. Sementara rumusan pelajar perlu faham bagaimana menulis perenggan pengenalan (2 markah), penulisan perenggan isi tersurat ( selalunya pelajar akan menulis 6 isi- 16 markah), penulisan perenggan isi tersirat ( Wajib menulis dua isi - 4 markah) dan perenggan penutup ( 2 markah). Merumus memerlukan latihan, kerana pelajar perlu tahu format penulisan pengenalan, mencari isi untuk perenggan tersirat ( isi ada dalam teks rumusan), sementara isi tersirat berkaitan KBAT dengan isi perlu dicari sendiri dengan merujuk kata kunci isi tersirat pada soalan rumusan. Sementara pengenalan penutup, pelajar perlu menulis kata simpul, phak terlibat + kata sendi agar atau supaya + kesan daripada tindakan pihak yang terlibat. Oleh sebab itu, Look cuba merujuk proses penulisan rumusan berdasarkan tulisan yang pernah saya terbittkan dalam blog Laman Bahasa Melayu saya. Sekali lagi saya tegaskan, Look perlu membuat latihan yang kerap untuk memahirkan kemahiran merumus sebelum menjawab soalan BM2 SPM yang bakal dihadapi pada 5/11/2019. Semoga, penerangan saya ini menjawab soalan Look.

Date Oct 13, 2019 10:30:31 AM
Name look
Location kuala lumpur

macam mana nak tulis ringkasan

Date Oct 13, 2019 12:13:04 AM
Name MOHD RAMSUL B. ABD RAHIMAN
Location BOTA

PELAJAR AKAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1(1103/1) DAN KERTAS BAHASA MELAYU 2(1103/2) PADA 5/11/2019. JIKA DIBILANG BAKI HARI YANG TINGGAL SEBELUM KERTAS BAHASA MELAYU SPM, 23 HARI LAGI. OLEH SEBAB ITU, SAYA AKAN CUBA MENAMBAH PELBAGAI INFO UNTUK MEMBANTU PELAJAR MEMBUAT PERSEDIAAN. SAYA BERHARAP PELAJAR SMK SERI LONDANG TERUTAMANYA, DAN PELAJAR SPM YANG LAIN SENTIASA MEMBUKA BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI UNTUK MENDAPATKAN RUJUKAN. HAL INI KERANA SAYA TIDAK CUKUP MASA UNTUK BERBINCANG PADA WAKTU PdPC KERANA HANYA TINGGAL DUA MINGGU SAHAJA LAGI UNTUK SAYA BERBUAT DEMIKIAN. INSYA-ALLAH, SAYA AKAN MENGADAKAN KELAS TUISYEN TAMBAHAN DI SEKOLAH AGAR SISA BAKI MASA YANG ADA, KITA BOLEH BERBINCANG DAN PELAJAR BOLEH BERTANYA APA SAHAJA SOALAN SEMASA PdPC ATAU BERKOMUNIKASI DI BLOG INI. SEMOGA ANDA CEMERLANG.

Date Oct 11, 2019 1:15:02 PM
Name TAR
Location PENAMPANG, SABAH

terima kasih atas perkongsian yang cikgu berikan.
semoga cikgu sentiasa bermurah hati memberi sedikit ilmu dalam membina anak bangsa.
semoga sentiasa sihat dalam perjuangan sebagai pendidik.